Permasaalahan bekalan hari tua sering menjadi perbualan malah sering jadi peringatan untuk generasi muda dari kalangan orang tua tua dalam masyarakat kita. Inipun dalam konteks mereka yang mempunyai wawasan dalam kehidupan mereka kerana tidak kurang dari kebanyakan orang muda terlalu alpa dan seronok untuk menikmati setiap rezki yang ada sehingga tidak ada pertimbangan langsung tentang bekalan hari tua mereka. Hari tua adalah satu peringkat kehidupan yang tidak produktif lagi dengan fizikal tubuh yang selalu lemah dan sakit tubuh dimana mana. Untuk berdiri dari duduk yang lama pun menjadi satu masaalah besar kerana sakit belakang dan lutut yang memang menyakitkan.Semua orang akan merasai keperitan ini . Mata jadi rabun sehingga gelap dunia yang terang benderang ini .Setiap kata perlu dikata dengan kuat dan menyakitkan telinga mereka yang ada semata mata kerana pekak yang melanda. Inilah juga masa dimana manusia selalu dimamah derita dengan bermacam penyakit datang menyapa dan meranakan sekujur tubuh yang telah longlai.Mengharap bantuaan dan ihsan dari anak atau saudara adalah satu andaian yang tidak menjadi kemestian dan tidak semua orang bernasib baik untuk merasainya.Siapalah kita dikala itu? Mungkin kita adalah mereka yang gagah perkasa sewaktu muda , kaya tak terkira diwaktu kemuncak kemudaan kita dengan tubuh sejajar minda yang ligat merancang dan bertindak untuk setiap peluang keemasan yang ada.
Semua ini akan pergi dan ramai yang kesaorangan dalam menghadapi sisa sisa kehidupan. Anak tersayang mungkin terlalu sibuk dengan kehidupan mereka sama seperti sibuknya kita diwaktu muda melayan keluarga sendiri dan seronok alpa dalam kehidupan yang dilayari sehingga tiada masa untuk ibu dan bapa tua dikampung yang sudah tidak berdaya.
Semua ini boleh berlaku pada kita pula .
Kitaran hidup adalah satu kemestian yang tidak dapat kita tahan.Bayi yang merangkak akan menjadi teruna tampan atau gadis jelita yang kemnudian tua dimamah usia.
Apakah bekalan kita dihari tua ini ?
Ramai yang membuat perhitungan bahwa hari tua perlu ada harta dan anak yang berjaya supaya hari tua mereka tidak akan jadi satu mimpi ngeri yang akan menyiksakan. Ramai yang mahu supaya mereka mendapat pencen yang setimpal agar ianya dapat menampung keperluan mereka nanti. Ada yang membeli saham dan amanah saham bagi mengurus kewangan hari tua mereka. Ada yang membeli hartanah bagi tujuan yang sama.Semakin muda pelan ini dilaksanakan semakin terjamin status kewangan mereka. Semua ini memerlukan wawasan yang baik untuk sampai ketahap ini. Tanpa wawasan tidak akan ada jaminan yang hari tua nanti akan seperti yang di idamkan.
PRNAHKAH kita terfikir bahawa disana ada satu lagi kehidupan yang lebih panjang yang perlu lebih bekalan ? Hari tua tidak lama bagi kebanyakan orang malah untuk setengahnya tiada hari tua bagi mereka. Pun begitu manusia berlumba lumba dan bekerja keras untuk kekamakmuran hari yang tak pasti ini sedangkan hari dibangkitkan semula adalah SATU KEPASTIAN. Kita pasti akan mati dan tidak pernah ada orang yang memepertikaikan ini.
Tanpa pahala , tanpa rahmat Allah kehidupan semula nanti akan berlalu tanpa bekal. Tiada saudara, anak pinak atau apa sahaja penyokong yang akan mampu membeli syurga Allah. Pilihan pada ketika itu hanya antara surga atau neraka dan tiada antara keduanya. Tiada dapat kita membeli tanpa pahala sebagai bekalan.
Semua orang berlumba lumba untuk mendapat harta dan kekayaan kerana memang ia satu yang nyata dan boleh dikira. Namun pahala hanya bagai satu ilusi yang hanya dapat di lihat oleh mereka yang mengimani kehidupan akhirat nanti.Tanpa iman tiada orang yang mampu melihat nilai pahala ini.Jika didunia wang dan harta adalah objek yang membolehkan kita berurusan untuk keperluan hidup kita tapi diakhirat nanti matawangnya hanyalah pahala yang dikumpul. Dividen yang dijanjikan bukanlah sekadar sepuluhh atau tiga puluh peratus sahaja malah dijanjikan seribu peratus dan tigapuluh ribu peratus pada bulan dan hari tertentu.Malangnya semua orang mendang sepi tawaran dan dividen yang sudah pasti ini sebaliknya berhempas pulas dengan lima atau tujuh peratus dividen yang tidak pasti dapat dikecapi. Dalam banyak masa kepandaiaan kita banyak diselaputi oleh selaput kotor yang mangabui pandanagn mata hati dalam dunia yang penuh dengan debu kotoran dunia dan isinya .Itulah hakikat pahala yang memang pasti tetapi manusia tidak dapat kepastian dalam pencariannya.
Ironisnya kerja mendapatkan pahala ini sebenarnya adalah untuk kebaikan mereka sendiri baik untuk kehidupan dunia ini sendiri ataupun untuk akhirat nanti.Orang orang yang berlumba lumba untuk sesuatu tujuan dunia biar bagaimana besar , mulia dan tinggi adalah sebenarnya untuk sesuatu yang kecil, hina sedikit fana dan dekat.Timbanagn dunia disisi Allah tidak seberat sayap nyamuk tetapi timbangan akhirat adalah amat berat disisiNya.
Yang menariknya perlumbaan untuk mencapai kenikmatan Akhirat ialah ianya dapat meninggi dan meluhurkan jiwa seluruh para pelombanya, sedangkan perlumbaan merebut kenikmatan dunia menjatuh dan merendahkan jiwa mereka yang terlibat. Mereka yang berlomba lomba untuk kebaikan dan keimanan akan menjadikan kehidupan ini satu kehidupan yang bersih dan harmoni selaras dengan keharmonian alami yang mengikut perintah Pencipta mereka. Sebaliknya kerja kerja menuju dosa bukan hanya menjanjiikan neraka malah kehidupan dunia akan jadi porak peranda dan penuh dengan kacaubilau.
Jika dalam mencari harta berniaga adalah kaedah paling lumayan maka mencari pahala juga perlu pada perniagaan yang baik untuk mengumpul pahala denagan banyak.
Disana ada satu perniagaan yang tidak akan pernah rugi bagi mereka yang melakukannya malangnya tidak ramai yang yakin dan berani untuk terlibat dengannya
.Disana juga ada satu penjamin yang tidak akan meninggalkan kita jika kita mengenalinya, berjanji baik dengannya dan sama sama melaksanakan program yang diaturnya. Sesungguhnya Allah membeli dari orang orang mukmin harta dan jiwa mereka sebagai satu jual beli yang tidak akan dirugikan orang orang yang melakukannya. Sesungguhnya Nabi yang mulia terlalu amat mengasihi ummatnya yang tidak bakhil dalam hidupnya untuk meningati beliau dan bersalawat keatas beliau dan berjuang dan bermal dengan amalan yang dianjurkan beliau sehingga mereka dikasihi seperti sahabat yang bersamanya walaupun tidak pernah berjumpa dengan beliau. Beliaulah pemberi syafaat yang tidak henti henti menolong ummatnya dikala tiada lain yang dapat menolong manusia dikala itu.
Kesengsaraan diakhirat nanti terlalu amat mengazabkan. Setakbur takbur manusia didunia ini akan tunduk murung kerana mengenang nasib yang sudah diketahui akhirannya. Semua makhluk tunduk takzim dihadapan Rabbuljalil mengenang nasib masing masing. Tiada derairan gelak yang mendekah dekah dan pandangan sinis yang angkuh sombong. Tiada manusia berdarjat yang menunjuk pangkat kedudukannya. Semuanya tunduk lesu. Kalaulah mereka yang angkuh ini tahu nasib mereka nanti pasti tiada jalan sombong yang menjengkelkan hati hati manusia manusia yang lain.
Disana akan tercetus kekesalan yang bersungguh sungguh terhadap ketiadaan amal yang mampu memberatkan mereka ke jannah dan melindungi mereka dikala tiada lindungan yang dapat membantu mereka dalam menghadapi kesengsaraan hidup di akhirat. Keimanan dan keyakinan yang seunggul gunung sudah tidak berguna lagi kerana ia adalah masa pembalasan dan bukan masa untuk beriman dan beramal. Lalu terbitlah dari mulut mulut mereka kata kata yang mahu tidak mahu terpaksa dikatakan, meminta belas ikhsan dari Robbuljalil , kembalikan lah kami kedunia semula supaya kami dapat beribadat dan beramal soleh bagi mengganti kealpaan kami selama ini kerana keyakinan terhadap apa yang dilihat sudah tidak dapat dibendung lagi.Tanpa segan silu ucapan ini terbit dari mulut mulut yang selalu lancang menidakkan deen Allah semasa di dunia ini dulu. MANUSIA TETAP MANUSIA kerana bukankah didunia dulu pernah dipesan dan dinasihat untuk berbuat amal dan kebaikan tetapi semuanya telah ditolak dengan angkuh dan dengan telinga yang tuli dan mata hati yang buta terhadap kebenaran yang ada. Kilauan hidup yang cantik dan segar indah telah menyilaukan mata dari pandanngan yang dapat menembus hakikat sebenar kehidupan ini.Sesungguhnya syaitan telah menghias indah dunia ini bagi menyesatkan hamba hambaNya yang mudah tertipu.
Semua yang diatas perlu kepada pesan memesan supaya yang terlupa dapat diingatkan, yang tersasul dapat dikembalikan yang tersesat dapat ditunjuk jalan yang benar dan yang terlena dapat dibangunkan dari tidur mereka. Memesan kadangkala menyakitkan yang dipesan dan sering menjadi masaalah bagi yang memesan. Kerana itu ia perlu kepada kesabaran. Sabar bagi yang memesan dan sabar bagi yang dinasihati.Tidaklah cukup dengan mereka sendiri beramal soleh dan beriman tanpa menasihati dan memeberi peringatan pada yang lain.Membiarkan masyarakat sekeliling hancur dalam kefasikan dan bergelumang dalam kesesatan adalah umpama api yang akan membakar sekam dalam guni yang didiami. Semua yang ada dalam guni akan akhirnya hancur terbakar.jika keafsikan dan kesesatan dibiar Mungkin seorang sahaja terselamat tetapi ahli kelurga , anak pinak dan jiran akan turut hanyut dan hancur dibadai kerosakan. Rugilah semua kecuali mereeka yang beriman dan beramal soleh dan mereka berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran.
Pepatah Melayu; jangan jaga tepi kain orang adalah satu pepatah yang perlu dilihat kembali dengan rasional. Kita perlu jaga tepi kain keluarga kita , masyarakat kita dan semua penghuni dunia ini agar mereka tidak jatuh ke lembah Naar yan amat pedih itu.. Kita bimbang jika kita tidak jaga orang yang dikeliling kita maka kita nanti akhirnya akan terseret masuk kelembah Jahannam yang tidak akan ada orang yang dapat bertahan denagn kepedihan azabnya.
Ya Allah berilah kekuatan kepada kami supaya terikat kuat dalam jalan yang engkau redhai hingga kami meghembuskan nafas kami yang terakhir Ameen ya robbal alamin.
Bekalan hari tua ?

Read more...