Followers

Rasulullah saw bersabda: "Siapa yang takut kepada Allah nescaya semua orang takut kepadanya. akan tetapi barangsiapa yang takut kepada selain daripada Allah nescaya Allah menjadikannya takut kepada segala-galanya".

Orang yang takut kepada Allah mempunyai hati yang paling bersih, jiwa yang paling murni, mata yang paling mudah menangis (kerana kasihan belas) dan tangannya adalah tangan orang yang paling pemurah. Rasulullah pernah berdoa memohon sifat-sifat ini dengan berkata :- "Ya Allah kurniakanlah kepadaku dua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air matanya kerana takut kepadaMu. (Perkenankanlah permohonanku ya Allah) sebelum mengalir air mata darah".

Orang yang takut kepada Allah senantiasa bermuraqabah;menilik perhatian Allah kepadanya dan senantiasa waspada kalau-kalau melakukan sesuatu yang tidak wajar terhadapNya. Pendek kata ia tidak bersikap mempermudah-mudahkan Allah kerana firman Allah;
"Orang yang merasa aman dari tindak balas allah (terhadap dosanya) ialah golongan yang merugikan diri dan masyarakat.(Surah al-A'raf:ayat99)


Diriwayatkan pula pada suatu ketika Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dan jibril menangis kerana takut kepada Allah. maka Allah pun mewahyukan pertanyaan kepada mereka, Mengapa kamu berdua menangis padahal Aku telah memberi keamanan kepada kamu? kedua-duanya berkata, siapakah yang dapat merasa aman dengan 'makruka' (sepak terajang Allah dalam mentakdirkan sesuatu penterjemah). b egitulah takutnya baginda dan jibril kepada Allah.dalam menghayati rasa takut kepada Allah ini,sayyidina Abu Bakar pernah mengeluh dan menghadapkan kata-katanya kepada seekor burung " alangkah baiknya kalau aku seekor burung seperti engkau dan aku bukan manusia!"

Abu Dhar Al-Ghafari pernah meluahkan kata-kata pilu,"Alangkah baiknya kalau aku hanyalah sebatang pokok yang dicantas-cantas sahaja."

Sayyida Uthman pernah berkata: "Alangkah baiknya kalau setelah aku mati nanati aku tidak lagi dibangkitkan semula."

Sayyidatina Aisyah pula pernah berkata dengan sebaknya "Alangkah baiknya kalau aku selepas ini dilupakan begitu saja dan tidak dikenang-kenang oleh sesiapa."

Diriwayat bahawa Sayyidina Umar pernah jatuh pengsan kerana takut kepada Allah sebaik sahaja beliau membaca satu ayat dari Al-Qur'an. Pada satu ketika beliau pernah mencengkam jerami seraya berkata; "Alangkah baiknya kalau aku hanyalah jerami ini. alangkah baiknya kalau aku tidak pernah wujud dan disebut orang. aku dilupakan begitu sahaja. Alangkah baiknya kalau ibuku tidak pernah melahirkan orang sepertiku."

Ibnu Abbas pada suatu ketika ditanya tentang siapakah orang-orang yang takut kepada Allah. Beliau menjawab, "mereka ialah orang-orang yang gembira hanya kerana rasa takut. mata mewreka senantiasa basah berlinangan. mereka berkata, "bagaimana kita boleh bersuka ria sedangkan maut di belakang kita dan kubur di hadapan kita. Qiamat hari perjanjian kita bertemu. jalan kita menghala ke neraka . tidak berapa lama lagi kita akan diadili di hadapan Tuhan kita!"

Rasulullah pula bersabda: "Kalau kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu akan kurang ketawa dan banyak menangis".

Sumber: Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah, Fathi Yakan

0 comments