Mereka sanggup datang ke Malaysia di penghujung Ramadhan, meninggalkan tempat beriktikaf, dan tidak berjaga malam di mesjid- tanah air, di Gaza dan Tebing Barat. Bukankah di waktu ini, Rasulullah s.a.w. mengajak keluarga dan sahabatnya beriktikaf di masjid ?
Amalan berjaga malam dan iktikaf di akhir Ramadhan, bukanlah perkara kecil, namun terus berjihad di jalan Allah, berusaha membebaskan Masjidil Aqsa yang sekarang ini tidak mudah dimasuki juga, adalah tuntutan besar Rasulullah s.a.w.
Sheik Abubakar (Sheikh Husein Khalil Saqar Al' Awawidah), yang buta matanya kesan kezaliman dan kejahatan zionis yahudi berkata, waktu berehat kita sebenarnya adalah di Syurga, biarlah kami terus bekerja sehingga kami dipanggil oleh Allah. Kata-kata ini memang terserlah dalam kehidupan mereka, hampir-hampir tidak ternampak oleh kami bila waktunya beliau melabuhkan dirinya...
Bila badannya di picit-picit sambil duduk dalam perbincangan, beliau berkata
" Cukuplah tu kita berehat-rehat, biarlah kita nikmati kerehatan sebenar di sisi Allah, di Syurga Allah..."
Kini Sheikh Abu Bakr, seorang pejuang di medan jihad, secara real dan berdepan akan menceritakan kepada kita penerusan perjuangannya dan kekejaman zionis di Palestin.
Ayuh !!!, beliau yang buta, masih terus berjihad.. ingin meniupkan kekuatan dan keperluan bekerja dijalan Nya, ... Marilah menjadi audiens dan insyAllah menjadi orang yang mendapat petunjuk untuk terus laju di jalan yang di RedhaiNya..
Jom kita garap kelebihan Ramadhan ini.
Bukankah Rasulullah banyak menyertai peperangan pada bulan ini ?
Sheikh Abu Bakr bersama 2 orang sahabatnya akan berada di sini
dari 10 hingga 15 September ini.
untuk keterangan lanjut, sini log on ke
http://www.haluan.org.my/v3/index..php/component/option,com_jcalpro/Itemid,27/extid,28/extmode,view/
Sheikh Husein Khalil Saqar Al' Awawidah
(Pengerusi Robitah Ulama' Palestin)
Biodata:
Dilahirkan di daerah Hebron, Imam dan khatib di masjid Hebron (Masjid Istiklal-kemerdekaan), ahli majlis ikatan ulama palestin, Pengerusi Robitah Ulama' Palestin, pernah ditangkap dan diseksa oleh tentera israel laknatullah dan pada tangkapan ke-6, beliau telah diseksa terok sehingga beliau kehilangan kedua-dua belah mata. hampir 13 kali beliau keluar masuk dari penjara.
Beliau datang dari tanah palestina, sedang menegakkan al-aqsa.
saudara2 kita di palestin sudah memahami bahawa jalan yg mereka tempuhi adalah jalan yg menuju ke syurga. syurga begitu mahal harganya, untuk meraih syurga, kite perlukan kesabaran, kesungguhan, dan berjihad di jalan Allah.
kaum muslimin yg berada di gaza, walaupon mereka di pisahkan dgn tembok yg setinggi 8m, walawpon mereka dipisahkan dari madrasah2, walaupon mereka disiksa, dihalau dari negara sendiri, walupon zionis terus menggali tanah gaza, tetapi mereka berjanji tidak akan sekalipon mengaku kewujudan negara zionis israel itu.
Mereka meyakini bahawa jalan yg mereka lalui adalah benar, mereka dapat menghasilkan seramai 5 ribu lebih penghafal al-quran selama 2 bulan.
mereka telah berhasil membuat senjata2 sendiri, memodifikasi roket yg sebelum ini jauhnya hanya 30 km kepada 50 km.
'apabila kalian membantu di jalan allah, maka allah akan membantu kalian'.
mereka selalu menyebut 'Hazbunallah wa nikmal wakil' (cukuplah Allah sebagai pelindungku)...
Allah berfirman:
"bahawanya org kafir berasa takut kepada kamu lebih takut daripada takut kpd Allah"
seorang nenek yg bernama fatimah najjar, beliau diamanahkan utk meledakkan dirinya utk mnghancurkan orang2 kafir,beliau sanggup meninggalkan 40 orang cucunya.
petikan dari:
http://riduanderaman.blogspot.com/2009/04/perkongsian-ceramah-palestin.html
Ta’allamu Qobla An Tasuuduu
2 hours ago


Post a Comment