Sheikh Mustafa Masyhur
Kita adalah guru kepada kemanusiaan. Manusia akan sesat selama-lamanya melainkan Islam ditegakkan semula di alam ini. Bila kita menghitung bilangan jumlah umat Islam pada hari ini, ia cukup ramai, tetapi mereka itu laksana buih di permukaan air sahaja. Amat sedikit sahaja daripada mereka yang menghayati Islam.
Islam yang ingin kita fahami dan anuti ialah Islam yang di bawa oleh Rasulullah SAW, Islam yang syumul, yang suci dari sebarang penyelewengan sama ada dari segi khurafaat mahupun bidaah
Memahami Islam yang syumul adalah merupakan satu taufik dan hidayah dari Allah SWT kepada kita. Jika ditaufikkan pula Islam ke dalam keluarga kita maka itu merupaka taufik yang berasingan pula. Kemudian dengan mempunai kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab adalah satu lagi kemulian yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita.
Peringkat kemulian dan kehormatan yang diberikan Allah SWT kepada kita ialah nikmat Islam, kefahaman terhadap Islam, penghayatan dari kefahaman terhadap Islam, iltizam dan istiqamah dalam mengamalkan Islam.
Kalau kita melihat kemuliaan yang dikurniakan Allah, kita akan dapati bahawa kedududkan kita adalah 'guru kepada kemanusiaan'.
Kedudukan dan kemuliaan yang tinggi yang diberikan oleh Allah SWT, diimbangi dengan mas'uliah yang berat dan sukar.
Tanggungjawab ini perlu difahami dengan sebaik-baiknya dan dipraktikkan dengan penuh kesungguhan. Kita perlu berubah, kita sendiri yang mesti merubah keadaan dan sifat yang tidak baik yang wujud dalam diri kita seperti mana yang dinyatakan oleh Allah dalam firman Allah SWT.
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang ada dalam diri mereka." (Ali-Imran:11)
Kita ingin mencabut seluruh perasaan lemah, perasaan terhina, perasaan tercela dan takut yang menguasai diri kita kepada rasa ketinggian dan mulia kerana itu adalah sifat-sifat Rasulullah SAW dan sifat orang Islam keseluruhannya.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Ali-Imran ayat 139)
Tidak mungkin bagi orang yang lemah jiwa dapat merubah suasana-suasana yang rumit dalam masyarakat dunia. Perubahan hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai keyakinan diri, keyakinan terhadap agama dan keyakinan terhadap Allah SWT. Keyakinan ini yang memberikan kekuatan kepadanya sehingga ia mampu merubah suasana yang buruk yang berlaku.
Untuk membolehkan kita memenuhi tanggungjawab itu perlulah kita mengetahui marhalah-marhalah dakwah itu sendiri.
Kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali kita mesti kembali kepada Islam yang murni, atas dasar itu kita memilih jalan dakwah dan tarbiah. Dakwah dan tarbiah yang telah dilalui oleh generasi AlQuran yang unik. Mereka didik dengan didikan AlQuran yang kemudiannya lahir daulah Islamiah yang hakiki. Muslim itu aqidah. Dengan itu dapat melahirkan keluarga, masyarakat, daulah serta hukumah Islamiah.
Kesedaran dan kefahaman Islam berlaku di merata tempat dan ia menjadi hujjah sebagai tanda kebangkitan Islam di seluruh dunia. Ini menandakan akan terbentuknya daulah Islamiah 'alamiah.
Dakwah Islamiah berkembang di seluruh pelosok dan penjuru dunia, Islam yang diperkecil-kecilkan telah membesar. Jika lima puluh tahun lepas manusia tidak memahami Islam sebagai Islam yang lengkap dan sempurna, kini sudah jelas kesempurnaan Islam di segala bidang dan mula diakui sekurang-kurangnya diperingkat kefahaman dan pemikiran.
Penglibatan kita pada ketika ini adalah pada tahap asas bagi meletakkan Islam pada tempatnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Asas ini adalah tahap penting dalam pembangunan Islam seperti mana peringkat awal dakwah RAsulllah SAW dahulu. Ketika Rasulullah mula menyampaikan dakwahnya Islam dilihat sebagai sesuatu yang sangat asing (dagang) dan kini Islam dilihat asing seperti mana awal Islam. Kita dapati musuh-musuh Islam tidak henti-henti menyusun rancangan untuk menentang Islam seperti peringkat awal dakwah Islam.
Untuk menghadapi musuh-musuh Islam, kita perlu memperlengkapkan diri dengan tarbiah AlQuran seperti yang dijalani oleh generasi para sahabat nabi di bawah bimbingan Rasulullah SAW. Mereka dididik oleh Rasulullah sehingga berlaku transformasi yang sangat hebat, mereka hidup bersama-sama AlQuran sehingga apabila mereka mendengar panggilan: "Wahai orang-orang beriman" - mereka bersedia untuk mendengar dan menyahut segala arahan AlQuran dengan tunduk dan patuh.
Begitulah AlQuran telah berjaya mentarbiah jiwa-jiwa mereka sehingga segala kesusahan dan kepayahan dalam kehidupan mereka dapat dilalui dengan mudah dan jayanya. Hasil tarbiah AlQuran telah melahirkan mereka dalam satu bentuk kekuatan yang padu yang sanggup berkorban untuk Islam dengan seluruh hayat mereka.
Realiti Islam pada hari ini sebenarnya tidak kurang dengan tenaga-tenaga manusia, tetapi yang sangat kurang dengan generasi yang ditarbiah dengan AlQuran. Islam sangat-sangat berhajat kepada pemuda-pemudi yang beriman di mana jiwanya dikuasai oleh aqidah. Ianya hanya akan lahir dengan tarbiah AlQuran.
Sumber: Risalah Tarbawiyah, Mustafa Ramadhan
Harmoni Hati dan Ilmu
1 hour ago


Post a Comment